Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Ya TUHAN, Engkau telah menyelami hatiku, dan Engkau mengenal aku. Engkau mengetahui segala perbuatanku; dari jauh Engkau memahami fikiranku. Engkau melihat aku, sama ada aku sedang bekerja ataupun berehat; Engkau mengetahui segala perbuatanku. Bahkan sebelum aku bercakap, Engkau sudah tahu apa yang akan kukatakan. Engkau mengelilingi aku di segala penjuru; Engkau melindungi aku dengan kuasa-Mu. Pengetahuan-Mu tentang diriku sangat dalam; terlalu dalam bagi pengertianku. Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada-Mu? Ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga. Jika aku terbang ke ufuk timur, atau tinggal di hujung barat yang paling jauh, di sana juga Engkau akan memimpin aku, dan di sana pun Engkau akan menolong aku. Jika aku minta kegelapan melingkupi aku, ataupun cahaya di sekelilingku menjadi malam, namun bagi-Mu kegelapan itu tidak gelap, dan malam itu cerah seperti siang. Bagi-Mu gelap dan terang sama sahaja.
Kongsi
Baca MAZMUR 139
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video