MAZMUR 130:5-8
MAZMUR 130:5-8 BM
Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya. Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar. Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu. Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.