MAZMUR 119:169-176

MAZMUR 119:169-176 BM

Semoga seruanku minta tolong sampai kepada-Mu, ya TUHAN! Berilah aku pengertian seperti yang telah Engkau janjikan. Dengarkanlah doaku, dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu. Aku akan memuji Engkau selalu, kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu. Aku akan menyanyi tentang Taurat-Mu, kerana perintah-Mu adil. Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku, kerana aku mahu mengikut perintah-Mu. Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu, Taurat-Mu menggembirakan hatiku. Semoga aku hidup supaya aku dapat memuji Engkau; semoga peraturan-Mu menolong aku. Aku merayau seperti domba yang sesat; oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu, kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.