MAZMUR 118:1-9
MAZMUR 118:1-9 BM
Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi. Hendaklah umat Israel berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Hendaklah imam-imam Allah berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku. Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku? TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.