MAZMUR 105:16-22

MAZMUR 105:16-22 BM

TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka, dan mengambil segala makanan mereka. Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka; Yusuf telah dijual sebagai hamba. Kakinya diikat dengan rantai dan lehernya diikat dengan rantai besi, sehingga terjadi apa yang diramalkannya. Firman TUHAN membuktikan bahawa Yusuf benar. Lalu raja Mesir membebaskan dia; penguasa bangsa-bangsa melepaskan dia. Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya, dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri, untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawai raja, dan untuk memimpin para penasihat raja.