Hai anakku, dengarkanlah aku. Perhatikanlah kebijaksanaanku dan pengertian yang aku ajarkan kepadamu, supaya kamu tahu membawa diri dan bercakap seperti orang yang berpengetahuan. Mulut perempuan jalang semanis madu dan kata-katanya memikat hati, tetapi kemudian yang tertinggal hanya kepahitan dan penderitaan. Dia akan menyeret kamu ke dunia orang mati. Jalan yang ditempuhnya itu menuju maut. Dia tidak tetap pada jalan yang menuju hidup, tetapi menyimpang dari jalan itu tanpa disedarinya. Oleh itu, hai anak-anak dengarkanlah kata-kataku, dan jangan sekali-kali lupakannya. Jauhilah perempuan seperti itu! Bahkan jangan dekati pintunya. Jika kamu tidak menjauhi perempuan itu, kamu akan kehilangan kehormatan, dan ketika kamu masih muda, nyawa kamu akan direnggut oleh orang yang tidak berbelas kasihan. Semua harta kamu akan dirampas oleh orang yang tidak kamu kenal, dan hasil usaha kamu akan dimiliki orang lain. Pada akhir hidup kamu, kamu akan mengerang kerana badan kamu habis dimakan penyakit. Lalu kamu akan berkata, “Mengapakah selama ini aku membenci nasihat? Mengapakah aku tidak mahu ditegur orang? Aku tidak mendengar ajaran guru-guruku. Aku tidak memperhatikan nasihat mereka. Sekarang aku dihina di hadapan orang ramai.”
Kongsi
Baca AMSAL 5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video