Ketika kamu dijamu oleh seorang pembesar, ingatlah siapa orang itu. Jika kamu sangat berselera, tahanlah selera kamu. Jangan gelojoh kerana makanan lazat yang dihidangkan. Mungkin dia hendak menipu kamu. Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya. Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang. Jangan makan bersama-sama orang kedekut, atau inginkan makanan lazat yang dihidangkannya. “Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain. Kamu akan memuntahkan apa yang kamu telan, dan semua kata-kata manis kamu sia-sia sahaja. Jangan cuba nasihati orang bodoh; mereka tidak akan menghargai nasihat kamu. Jangan pindahkan batas tanah yang lama dan jangan rampas tanah anak yatim piatu. TUHAN, pembela yang kuat, akan membela mereka dan melawan kamu. Perhatikanlah ajaran guru kamu dan belajarlah sebanyak mungkin. Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan. Sebaliknya kamu mungkin menyelamatkan nyawa mereka. Hai anakku, aku gembira jika kamu bijak. Aku bangga jika mendengar kamu mengucapkan kata-kata yang jujur. Jangan iri hati terhadap orang yang berdosa. Hormatlah dan takutlah kepada TUHAN dengan sepenuh hati supaya masa depan kamu terjamin dan harapan kamu tidak hilang.
Baca AMSAL 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 23:1-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video