AMSAL 16:1-2, 21-24

AMSAL 16:1-2 BM

Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang memberikan keputusan. Setiap perbuatan orang mungkin baik pada pandangannya sendiri, tetapi TUHAN yang menilai maksud hatinya.

AMSAL 16:21-24 BM

Orang yang bijak terpuji kerana pengertiannya. Semakin halus perkataannya, semakin dapat menyakinkan orang. Bagi orang yang bijak, hikmat bagaikan sumber hidup bahagia. Tetapi orang yang bodoh diseksa oleh kebodohannya sendiri. Orang yang bijak berfikir dahulu sebelum bercakap; oleh itu kata-katanya meyakinkan. Kata-kata yang lembut bagaikan madu - manis rasanya serta menyihatkan badan.