AMSAL 14:15-18

AMSAL 14:15-18 BM

Orang bodoh percaya kepada apa-apa sahaja, tetapi orang bijak melangkah dengan hati-hati. Orang bijak berhati-hati dan menjauhi kejahatan, tetapi orang bodoh tidak berhati-hati dan bertindak tanpa berfikir dahulu. Orang yang lekas marah bertindak dengan bodoh; orang bijak sentiasa bersikap tenang. Orang yang tidak berpengetahuan mengalami akibat kebodohan, tetapi orang yang pandai akan bertambah pengetahuan.