AMSAL 14:1-3, 26-27, 33

AMSAL 14:1-3 BM

Wanita yang bijak membina rumah tangganya, tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya sendiri. Orang yang jujur akan takut dan hormat kepada TUHAN, tetapi orang yang curang menghina Dia. Orang bodoh yang sombong terhukum oleh kata-kata mereka, tetapi kata-kata orang bijak melindungi mereka.

AMSAL 14:26-27 BM

Hormat dan takut kepada TUHAN memberi seseorang serta keluarganya keyakinan dan keselamatan. Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.

AMSAL 14:33 BM

Hikmat terdapat pada fikiran orang bijak; orang bodoh sama sekali tidak mengenal hikmat.