FILIPI 3:17-19

FILIPI 3:17-19 BM

Saudara-saudaraku, ikutlah teladanku. Kami sudah memberikan teladan yang baik kepada kamu. Oleh itu perhatikanlah orang yang mengikut teladan kami itu. Apa yang akan aku beritahukan kepada kamu, sudah banyak kali aku katakan kepada kamu dahulu, dan sekarang aku mengulanginya lagi dengan tangisan. Banyak orang dengan kehidupan mereka sudah merosakkan erti kematian Kristus di kayu salib. Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi.