BILANGAN 7:12-89

BILANGAN 7:12-89 BM

Mereka mempersembahkan pemberian mereka menurut urutan berikut: Pertama Yehuda Nahason anak Aminadab Kedua Isakhar Netaneel anak Zuar Ketiga Zebulon Eliab anak Helon Keempat Ruben Elizur anak Syedeur Kelima Simeon Selumiel anak Zurisyadai Keenam Gad Elyasaf anak Rehuel Ketujuh Efraim Elisama anak Amihud Kelapan Manasye Gamaliel anak Pedazur Kesembilan Benyamin Abidan anak Gideoni Kesepuluh Dan Ahiezer anak Amisyadai Kesebelas Asyer Pagiel anak Okhran Kedua belas Naftali Ahira anak Enan Pemberian yang dibawa oleh tiap-tiap orang itu sama: sebuah mangkuk perak seberat 1.5 kilogram, dan sebuah besen perak seberat 800 gram, menurut timbangan yang digunakan di Khemah TUHAN. Kedua-dua buah bekas itu penuh dengan tepung yang dicampuri minyak sebagai korban untuk mengucap syukur; sebuah pinggan emas seberat 110 gram, yang penuh dengan kemenyan; seekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan seekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN; seekor kambing sebagai korban untuk mengampunkan dosa; dua ekor lembu jantan, lima ekor domba jantan, lima ekor kambing jantan dan lima ekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN. Jumlah pemberian yang dibawa oleh dua belas orang pemimpin untuk upacara pentahbisan mazbah itu adalah seperti berikut: – 12 buah mangkuk perak dan 12 buah besen perak, semuanya seberat 27.6 kilogram, – 12 buah pinggan emas, semuanya seberat 1.32 kilogram dan diisi penuh dengan kemenyan, – 12 ekor lembu jantan, 12 ekor domba jantan, 12 ekor anak domba berumur satu tahun, sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, bersama dengan korban yang ditetapkan, iaitu korban untuk mengucap syukur, - 12 ekor kambing sebagai korban untuk mengampunkan dosa, - 24 ekor lembu jantan, 60 ekor domba jantan, 60 ekor kambing, dan 60 ekor anak domba yang berumur satu tahun sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN. Apabila Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN untuk bercakap dengan TUHAN, dia mendengar TUHAN berfirman kepadanya dari atas penutup Tabut Perjanjian, di antara dua patung kerub.