BILANGAN 5:1-4
BILANGAN 5:1-4 BM
TUHAN berfirman kepada Musa, “Perintahlah umat Israel untuk mengeluarkan semua orang berikut dari perkhemahan: setiap orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, atau penyakit kelamin, dan juga setiap orang yang najis kerana menyentuh mayat. Suruhlah semua orang yang najis keluar supaya mereka tidak menajiskan perkhemahan, tempat Aku tinggal bersama-sama umat-Ku.” Umat Israel menjalankan perintah itu, lalu mengeluarkan semua orang seperti itu dari perkhemahan.