NEHEMIA 8:10-12

NEHEMIA 8:10-12 BM

Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.” Orang Lewi berjalan ke sana sini untuk menenangkan rakyat dan berkata berulang kali, “Janganlah berdukacita pada hari yang khas ini.” Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan NEHEMIA 8:10-12