MIKHA 4:1-5

MIKHA 4:1-5 BM

Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana, lalu mereka akan berkata, “Marilah kita naik ke bukit TUHAN, ke Rumah TUHAN, Allah Israel. Dia akan mengajar kita kehendak-Nya yang harus kita lakukan; kita akan mengikut jalan yang dipilih-Nya, kerana ajaran TUHAN itu datang dari Yerusalem; dari Sion Dia berfirman kepada umat-Nya.” Dia akan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa, antara kuasa-kuasa besar yang dekat dan yang jauh. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi bajak, dan tombak menjadi pisau pemangkas. Bangsa-bangsa tidak akan berperang lagi, dan tidak bersedia untuk bertempur lagi. Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka. Perkara itulah yang dijanjikan TUHAN Yang Maha Kuasa. Setiap bangsa menyembah dan mentaati dewa masing-masing, tetapi kita akan menyembah dan mentaati TUHAN, Allah kita selama-lamanya.