MALEAKHI 3:10-12
MALEAKHI 3:10-12 BM
Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik. Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu; pokok anggur kamu akan berbuah lebat. Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik.”