LUKAS 14:25-27
LUKAS 14:25-27 BM
Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka, “Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, dan saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya sendiri dan mengikut Aku, tidak dapat menjadi pengikut-Ku.

