Air mataku tidak akan berhenti bercucuran sehingga TUHAN dari syurga, memandang dan memperhatikan kami. Hatiku pilu apabila melihat hal yang berlaku kepada kaum wanita di kota kami. Aku diperangkap seperti burung oleh musuh yang membenci aku tanpa alasan. Mereka membuang aku hidup-hidup ke dalam lubang yang dalam, lalu menutup mulut lubang dengan batu. Air naik sampai ke kepalaku, dan aku berfikir bahawa kematianku sudah hampir. Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu. Apabila aku memohon Engkau menolong aku, Engkau mendengarkan seruanku. Engkau mengabulkan doaku, dan berfirman kepadaku, ‘Jangan takut.’ Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan, dan Engkau menyelamatkan nyawaku. Engkau melihat kejahatan yang dilakukan terhadapku; oleh itu belalah perkaraku. Engkau tahu bahawa musuh membenci aku, dan mereka bermuslihat terhadapku. Engkau mendengar mereka menghina aku, ya TUHAN; Engkau tahu akan semua muslihat mereka. Sepanjang hari mereka mempercakapkan aku, dan merancang untuk mencelakakan aku. Dari pagi hingga petang mereka mengejek aku. Ya TUHAN, hukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka. Kutuklah mereka dan patahkanlah semangat mereka! Burulah mereka dan hapuskanlah mereka dari dunia.”
Kongsi
Baca RATAPAN 3
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video