RATAPAN 3:17-26
RATAPAN 3:17-26 BM
Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan. Aku tidak akan hidup lama lagi, sudah hilang harapanku kepada TUHAN. Memikirkan pengembaraan dan penderitaanku, bagaikan makan racun yang pahit. Aku terus-menerus memikirkan hal itu, sehingga batinku tertekan. Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini: Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia! TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya. TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya. Oleh itu baiklah kita menantikan Dia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.