Anak panah-Nya menembus tubuhku, sampai menusuk jantungku. Orang mentertawakan aku sepanjang hari; aku dijadikan bahan sindiran. Hanya kepahitan yang diberikan-Nya kepadaku sebagai minuman dan makanan. Dia menggosokkan mukaku pada tanah, dan menghantukkan gigiku pada batu sehingga patah. Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan. Aku tidak akan hidup lama lagi, sudah hilang harapanku kepada TUHAN. Memikirkan pengembaraan dan penderitaanku, bagaikan makan racun yang pahit. Aku terus-menerus memikirkan hal itu, sehingga batinku tertekan. Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini: Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia! TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya.
Kongsi
Baca RATAPAN 3
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video