RATAPAN 1:18-19
RATAPAN 1:18-19 BM
Namun TUHAN adil kerana aku telah melanggar perintah-Nya. Dengarkan aku, hai semua bangsa, pandanglah aku yang kesakitan. Para pemuda dan pemudiku ditawan dan dibawa pergi. Aku memanggil sekutuku, tetapi mereka tidak mahu menolong aku. Para imam dan pemimpin mati di jalan-jalan kota, ketika mencari makanan untuk terus hidup.