YOSUA 9:7-15

YOSUA 9:7-15 BM

Tetapi orang Israel berkata, “Mengapa kami harus membuat perjanjian dengan kamu? Mungkin kamu tinggal di sekitar sini.” Mereka berkata kepada Yosua, “Kami hamba tuan.” Yosua bertanya kepada mereka, “Siapakah kamu? Dari manakah kamu?” Kemudian mereka menceritakan kisah ini, “Tuan, kami berasal dari negeri yang sangat jauh. Kami datang kerana kami mendengar tentang TUHAN, Allah tuan. Kami telah mendengar segala sesuatu yang dilakukan-Nya di Mesir, dan apa yang dilakukan-Nya terhadap dua orang raja Amori di sebelah timur Sungai Yordan: Raja Sihon penguasa Hesybon dan Raja Og penguasa Basan yang tinggal di Asytarot. Para pemimpin kami dan semua penduduk negeri kami menyuruh kami membawa makanan dan berangkat untuk berjumpa dengan tuan. Kami disuruh menjadi hamba tuan dan meminta supaya tuan membuat perjanjian dengan kami. Lihatlah roti kami. Ketika kami berangkat untuk menghadap tuan, roti ini masih panas. Tetapi sekarang lihatlah! Roti ini sudah kering dan berkulapuk. Ketika kami mengisi kirbat-kirbat kulit ini, semuanya masih baru. Tetapi sekarang lihatlah! Semuanya sudah koyak. Pakaian dan kasut kami pun sudah buruk kerana perjalanan yang jauh.” Umat Israel menerima makanan yang diberikan oleh mereka, tetapi tidak meminta petunjuk daripada TUHAN. Yosua membuat perjanjian damai dengan semua orang Gibeon itu dan berjanji tidak akan membunuh mereka. Para pemimpin Israel bersumpah untuk memegang perjanjian itu.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YOSUA 9:7-15

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami