YOSUA 3:3-5
YOSUA 3:3-5 BM
dan berkata kepada umat Israel, “Apabila kamu nampak imam-imam membawa Tabut Perjanjian TUHAN Allah kamu, berangkatlah dan ikutlah mereka. Kamu belum pernah ke sini, oleh itu mereka akan memimpin perjalanan kamu. Tetapi jangan hampiri Tabut Perjanjian. Berjalanlah kira-kira satu kilometer di belakang Tabut Perjanjian.” Yosua berkata kepada umat itu, “Sucikanlah diri kamu kerana esok TUHAN akan melakukan mukjizat di tengah-tengah kamu.”