Hai ladang, jangan takut; bersukacitalah dan bergembiralah, kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu. Hai binatang, jangan takut; kerana padang rumput kini hijau, pokok mengeluarkan buah, dan buah ara serta buah anggur pun banyak. Bersukacitalah, hai penduduk Sion, bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu; Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh, Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk dan hujan pada musim bunga seperti dahulu. Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum, dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahan dengan wain dan minyak zaitun. Aku akan mengganti segala kerugian kamu pada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu. Akulah yang menyuruh kawanan belalang itu menyusahkan kamu. Tetapi sekarang kamu akan mempunyai cukup makanan sehingga kenyang. Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu, Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu. Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi. Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahu bahawa Aku ada di tengah-tengah kamu, dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu, dan tiada lagi yang lain. Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”
Baca YOEL 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YOEL 2:21-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video