AYUB 42:1-3

AYUB 42:1-3 BM

Kemudian Ayub menjawab TUHAN, “Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu; Engkau dapat melakukan apa sahaja. Engkau bertanya sebabnya aku berani mempersoalkan hikmat-Mu, padahal aku tidak tahu apa-apa. Aku bercakap tentang perkara yang tidak aku mengerti, mengenai hal-hal yang terlalu ajaib bagiku ini.