Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia? Jika engkau sangat pandai, jawablah. Siapakah yang menentukan keluasan dunia? Siapakah yang merentangkan tali ukur untuk mengukurnya? Tahukah engkau jawapannya? Apakah yang menyangga tiang-tiang bumi? Siapakah yang meletakkan batu penjuru dunia ini, pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama, dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira? Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samudera ketika air memancar keluar dari rahim bumi? Akulah yang meliputi laut dengan awan dan menyelimutinya dengan kegelapan. Aku menentukan sempadan samudera dan dengan pintu berpalang Aku membendungnya. Aku memberitahunya, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi! Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’
Kongsi
Baca AYUB 38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video