YOHANES 12:35-36

YOHANES 12:35-36 BM

Yesus menjawab, “Cahaya itu akan bersama-sama kamu sebentar sahaja. Teruskanlah perjalanan selama cahaya itu masih ada, supaya kamu tidak ditimpa kegelapan. Seorang yang berjalan dalam kegelapan, tidak tahu ke mana dia pergi. Percayalah kepada cahaya itu selama cahaya itu bersama-sama kamu, supaya kamu menjadi anak-anak cahaya itu.” Setelah Yesus berkata demikian, Dia pergi dari sana lalu menyembunyikan diri daripada mereka.