YEREMIA 44:20-23
YEREMIA 44:20-23 BM
Kemudian aku berkata kepada semua orang lelaki dan wanita yang telah menjawab aku itu, “Adakah kamu menyangka bahawa TUHAN tidak tahu, atau Dia lupa akan perbuatan kamu itu? Kamu dan nenek moyang kamu mempersembahkan korban kepada Ratu Syurga; hal itu juga dilakukan oleh raja-raja, para pemimpin, penduduk negeri ini, dan kamu sendiri di kota-kota Yehuda dan di jalan-jalan Yerusalem. Sampai hari ini negeri kamu runtuh dan tiada sesiapa pun tinggal di situ. Keadaannya mengerikan. Tambahan pula orang menggunakan namanya sebagai kutuk. Semua perkara itu berlaku kerana TUHAN tidak sabar lagi terhadap kezaliman dan kejahatan kamu. Bencana yang menimpa kamu pada masa ini datang kerana kamu mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, dan kerana kamu berdosa terhadap TUHAN dengan tidak mentaati perintah-Nya.”