Selepas Raja Yoyakim membakar naskhah gulungan yang aku imlakkan kepada Barukh, TUHAN menyuruh aku mengambil sebuah naskhah gulungan yang lain dan menuliskan semula segala isi naskhah gulungan yang pertama itu. TUHAN menyuruh aku berkata kepada raja, “Engkau sudah membakar naskhah gulungan itu, dan engkau bertanya mengapa Yeremia menulis bahawa raja Babilonia akan datang, lalu memusnahkan negeri ini dan membunuh penduduknya serta semua binatang di situ. Oleh itu, Aku, TUHAN, berfirman kepadamu, hai Raja Yoyakim, bahawa tiada seorang pun daripada keturunanmu akan memerintah kerajaan Daud. Mayatmu akan dibuang ke luar sehingga terjemur pada waktu siang dan terkena embun pada waktu malam. Aku akan menghukum engkau, keturunanmu, dan pegawai-pegawaimu, kerana dosa kamu semua. Tiada sesiapa pun, baik engkau, penduduk Yerusalem ataupun Yehuda, yang mempedulikan amaran-Ku. Oleh itu, Aku akan mendatangkan bencana yang telah Aku ancamkan kepada kamu semua.” Selepas itu aku mengambil sebuah naskhah gulungan lain dan memberikannya kepada Barukh, setiausahaku. Lalu dia menulis semua yang aku imlakkan itu. Dia menulis semua yang terkandung di dalam kitab gulungan yang pertama, dan juga perkhabaran lain seperti itu.
Kongsi
Baca YEREMIA 36
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video