YEREMIA 33:10-11

YEREMIA 33:10-11 BM

TUHAN berfirman, “Orang berkata bahawa tempat ini seperti gurun, dan tiada orang atau binatang yang tinggal di sini. Kata-kata mereka memang benar, kerana kota-kota Yehuda dan jalan-jalan di Yerusalem lengang semuanya; tiada orang atau binatang yang tinggal di situ. Tetapi di tempat-tempat itu akan terdengar lagi suara kesukaan dan kegembiraan serta keriuhan pesta perkahwinan. Kami akan mendengar orang menyanyi sambil mereka membawa korban kesyukuran ke Rumah-Ku. Mereka akan berkata, ‘Bersyukurlah kepada TUHAN Yang Maha Kuasa, kerana Dia baik dan kasih-Nya kekal abadi.’ Aku akan menjadikan negeri ini makmur seperti dahulu. Aku, TUHAN, telah berfirman.”