YEREMIA 29:4-14

YEREMIA 29:4-14 BM

“Demikianlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, kepada semua orang yang telah dibiarkan-Nya ditawan oleh Raja Nebukadnezar, lalu dibawa dari Yerusalem ke Babilonia: ‘Menetaplah di situ. Dirikanlah rumah kamu. Bukalah ladang dan nikmatilah hasilnya. Berkahwinlah supaya kamu mendapat anak, dan biarlah anak kamu juga berkahwin supaya mereka pun mendapat anak. Jumlah kamu mesti bertambah dan tidak boleh berkurang. Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur. Aku TUHAN, Allah Israel, memberikan amaran kepada kamu supaya tidak membiarkan diri ditipu oleh nabi-nabi yang tinggal di tengah-tengah kamu atau oleh sesiapa pun yang berkata bahawa mereka dapat meramalkan masa depan. Jangan pedulikan mimpi mereka. Mereka menggunakan nama-Ku ketika berdusta kepada kamu. Aku tidak menyuruh mereka. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.’ TUHAN berfirman, ‘Apabila genap masa tujuh puluh tahun bagi Babilonia, Aku akan memperhatikan kamu lagi dan menepati janji-Ku untuk membawa kamu pulang. Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan. Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu. Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati. Sesungguhnya, kamu akan menemui Aku. Aku akan mengembalikan kamu ke tanah kamu. Aku akan mengumpulkan kamu dari setiap negeri dan dari setiap tempat Aku mencerai-beraikan kamu. Aku akan membawa kamu pulang ke negeri asal kamu. Aku, TUHAN, telah berfirman.’

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YEREMIA 29:4-14

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami