YAKOBUS 5:1-3

YAKOBUS 5:1-3 BM

Dengarlah nasihatku, hai orang kaya! Hendaklah kamu menangis dan meratap, kerana kesengsaraan akan menimpa kamu! Kekayaan kamu akan lenyap dan pakaian kamu akan dimakan gegat. Emas dan perak kamu akan berkarat; karatnya akan menjadi saksi untuk menuduh kamu dan akan membakar habis badan kamu seperti api. Kamu telah menimbun harta di dunia ini yang segera akan berakhir.