YESAYA 66:22-24
YESAYA 66:22-24 BM
Seperti langit baru dan bumi baru akan kekal kerana kuasa-Ku, demikian juga keturunan kamu dan nama kamu akan kekal. Pada tiap-tiap perayaan Bulan Baru dan hari Sabat, orang dari semua negeri akan datang menyembah Aku di Yerusalem. Apabila mereka pulang, mereka akan nampak mayat-mayat orang yang memberontak terhadap Aku. Ulat yang memakan mayat mereka tidak akan mati, dan api yang membakar mereka tidak akan padam. Pemandangan itu sungguh mengerikan bagi semua manusia.”