YESAYA 60:1-10

YESAYA 60:1-10 BM

Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem, kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang; TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya. Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan, tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu; cahaya hadirat-Nya akan menerangimu. Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu. Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu. Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu. Anak lelakimu pulang dari negeri jauh, dan anak perempuanmu didukung. Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri, engkau akan terharu dan berbesar hati. Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu; kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu. Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa. Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan. Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN! Kawanan domba dari Kedar dan domba jantan dari Nebayot akan dibawa kepadamu sebagai korban, dan dipersembahkan di atas mazbah untuk menyenangkan hati TUHAN. TUHAN akan menjadikan Rumah-Nya lebih mulia lagi. Apakah yang melayang seperti awan, seperti burung merpati yang sedang terbang pulang? Itulah kapal-kapal yang membawa pulang umat Allah dari negeri-negeri yang jauh. Perak dan emas dibawa oleh mereka untuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suci yang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya. TUHAN berfirman kepada Yerusalem, “Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu, dan raja-raja mereka akan melayani engkau. Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau, tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.

Imej Ayat untuk YESAYA 60:1-10

YESAYA 60:1-10 - Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,
kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;
TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,
tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;
cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,
dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.

Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu.
Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu.
Anak lelakimu pulang dari negeri jauh,
dan anak perempuanmu didukung.
Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri,
engkau akan terharu dan berbesar hati.
Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu;
kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu.

Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa.
Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan.
Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!
Kawanan domba dari Kedar dan domba jantan dari Nebayot
akan dibawa kepadamu sebagai korban,
dan dipersembahkan di atas mazbah untuk menyenangkan hati TUHAN.
TUHAN akan menjadikan Rumah-Nya lebih mulia lagi.

Apakah yang melayang seperti awan,
seperti burung merpati yang sedang terbang pulang?
Itulah kapal-kapal yang membawa pulang
umat Allah dari negeri-negeri yang jauh.
Perak dan emas dibawa oleh mereka
untuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,
Allah Israel, Allah yang suci
yang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.

TUHAN berfirman kepada Yerusalem,
“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,
dan raja-raja mereka akan melayani engkau.
Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,
tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.