YESAYA 55:8-13

YESAYA 55:8-13 BM

TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu. Firman-Ku seperti salji dan hujan yang turun dari langit untuk membasahi bumi, serta menumbuhkan tanaman sehingga menghasilkan benih untuk ditanam dan makanan untuk dimakan. Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku, dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan. Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita, kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian. Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira, semua pokok di padang akan bertepuk tangan. Pokok sipres akan menggantikan semak duri, pokok kemunting menggantikan semak belukar. Kejadian ini sebagai tanda yang kekal, peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”

Imej Ayat untuk YESAYA 55:8-13

YESAYA 55:8-13 - TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,
dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
Setinggi langit dari bumi,
setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,
dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

Firman-Ku seperti salji dan hujan
yang turun dari langit untuk membasahi bumi,
serta menumbuhkan tanaman
sehingga menghasilkan benih untuk ditanam
dan makanan untuk dimakan.
Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan
akan berjaya mencapai tujuan-Ku,
dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.

Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita,
kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian.
Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira,
semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
Pokok sipres akan menggantikan semak duri,
pokok kemunting menggantikan semak belukar.
Kejadian ini sebagai tanda yang kekal,
peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”YESAYA 55:8-13 - TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,
dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
Setinggi langit dari bumi,
setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,
dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

Firman-Ku seperti salji dan hujan
yang turun dari langit untuk membasahi bumi,
serta menumbuhkan tanaman
sehingga menghasilkan benih untuk ditanam
dan makanan untuk dimakan.
Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan
akan berjaya mencapai tujuan-Ku,
dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.

Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita,
kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian.
Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira,
semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
Pokok sipres akan menggantikan semak duri,
pokok kemunting menggantikan semak belukar.
Kejadian ini sebagai tanda yang kekal,
peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YESAYA 55:8-13