YESAYA 53:5-10
YESAYA 53:5-10 BM
Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita. Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia menanggungnya dengan sabar; Dia tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian, atau induk domba yang dicukur bulunya. Dia ditahan dan dihakimi, lalu digiring untuk dihukum mati. Tidak seorang pun mempedulikannya; dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita. Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat, dia dikebumikan bersama-sama orang kaya, walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah dan tidak pernah berdusta.” TUHAN berfirman, “Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku; dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa. Oleh itu dia akan panjang umur; dia akan melihat keturunannya, dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.