YESAYA 48:12-20

YESAYA 48:12-20 BM

TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai Israel, umat yang telah Kupanggil. Akulah Allah, satu-satunya Allah, yang pertama dan yang terakhir! Tangan-Ku meletakkan asas bumi, dan membentangkan langit. Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap, kedua-duanya datang dengan segera. Berhimpunlah dan dengarlah, kamu semua! Tidak satu dewa pun dapat meramalkan bahawa orang yang Aku pilih itu akan menyerang Babel; dia akan menjalankan perintah-Ku. Akulah yang telah berfirman serta memanggil dia; Aku memimpin dia dan memberi dia kejayaan. Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku. Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang, dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan.” Sekarang TUHAN Raja mengutus aku dan memberi aku kuasa-Nya. Firman Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN Penyelamat kamu, “Akulah TUHAN, Allah kamu, Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu, Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh. Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku, tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putus seperti sungai yang tidak pernah kering. Kamu akan terus-menerus berjaya seperti ombak laut yang tidak berhenti. Keturunan kamu akan menjadi sebanyak butir pasir dan Aku akan memastikan supaya mereka tidak binasa.” Keluarlah dan larilah dari Babel! Isytiharkanlah berita itu dengan sorak gembira. Siarkan berita itu ke mana-mana, “TUHAN telah menyelamatkan Israel, hamba-Nya!”