YESAYA 46:9-10
YESAYA 46:9-10 BM
Ingatlah hal yang berlaku dahulu kala, akuilah bahawa Aku satu-satunya Allah, dan tiada sesiapa pun sama seperti Aku. Sejak permulaan Aku telah menubuatkan hal yang akan datang; dari dahulu Aku telah meramalkan hal yang akan berlaku. Aku berfirman bahawa rancangan-Ku tidak akan gagal, bahawa Aku pasti melakukan segala kehendak-Ku.