Kira-kira pada masa itu, Raja Hizkia gering dan hampir mangkat. Nabi Yesaya anak Amos menemui raja dan berkata kepada baginda, “Menurut firman TUHAN, hendaklah tuanku selesaikan segala urusan tuanku, kerana tuanku tidak akan sembuh. Tuanku akan mangkat.” Raja Hizkia memalingkan mukanya ke tembok lalu berdoa, “Ingatlah, ya TUHAN, bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan taat dan setia, dan bahawa aku sentiasa berusaha untuk melakukan kehendak-Mu.” Lalu raja menangis dengan pilu. Kemudian TUHAN menyuruh Yesaya kembali kepada Raja Hizkia dan menyampaikan pesan ini, “Aku, TUHAN, Allah yang disembah Daud, nenek moyangmu, telah mendengar doamu dan melihat air matamu. Aku akan menambah usiamu dengan lima belas tahun. Aku akan menyelamatkan engkau dan kota Yerusalem daripada raja Asyur. Aku akan terus melindungi kota ini.” Yesaya menyuruh orang melumatkan buah ara dan membubuhkannya pada bisul raja supaya raja sembuh. Raja Hizkia bertanya, “Apakah tandanya bahawa beta akan dapat pergi ke Rumah TUHAN lagi?” Yesaya menjawab, “TUHAN akan memberi tuanku satu tanda untuk membuktikan bahawa Dia akan menepati janji-Nya. TUHAN akan membuat bayangan penunjuk jam matahari yang dibina oleh Raja Ahas, undur sepuluh garis.” Maka undurlah bayangan itu sepuluh garis.
Baca YESAYA 38
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YESAYA 38:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video