HOSEA 6:1-3

HOSEA 6:1-3 BM

Umat Israel berkata, “Marilah kita kembali kepada TUHAN. Dia telah menyakiti kita, tetapi tentu Dia akan menyembuhkan kita pula. Dia telah melukai kita, tetapi tentu Dia akan membalut luka-luka kita. Selepas dua atau tiga hari Dia akan menyembuhkan kita dan kita akan hidup di hadirat-Nya. Marilah kita berusaha untuk mengenal TUHAN. Dia pasti akan datang kepada kita seperti fajar menyingsing, dan seperti hujan yang membasahi bumi pada musim bunga.”