Pada tahun kedua pemerintahan Darius sebagai raja Persia, pada hari pertama bulan keenam, TUHAN berfirman melalui Nabi Hagai. Perkhabaran TUHAN itu ditujukan kepada Zerubabel anak Sealtiel, gabenor Yehuda, dan juga kepada Imam Agung Yosua anak Yozadak. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada Hagai, “Bangsa ini berkata bahawa belum masanya untuk membina semula Rumah-Ku.” Kemudian dengan perantaraan Nabi Hagai, TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan? Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu! Kamu sudah menabur banyak benih, namun tuaian kamu sedikit. Kamu mempunyai makanan, tetapi tidak cukup untuk mengenyangkan kamu. Kamu mempunyai wain, tetapi tidak cukup untuk memuaskan hati. Kamu mempunyai pakaian, tetapi tidak cukup untuk memanaskan badan. Upah yang diterima kaum buruh tidak cukup untuk menyara hidup mereka. Tidakkah kamu sedar mengapa segala perkara itu berlaku? Sekarang, naiklah ke bukit-bukit untuk mengambil kayu balak, lalu binalah semula Rumah-Ku. Maka Aku akan berkenan kepada kamu, dan Aku akan disembah lagi dengan cara yang sepatutnya.
Baca HAGAI 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: HAGAI 1:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video