KEJADIAN 5:21-24

KEJADIAN 5:21-24 BM

Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah. Selepas itu, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun. Henokh mendapat anak-anak lain dan mencapai umur 365 tahun. Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah.