Apabila TUHAN nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Lea melahirkan anak tetapi Rahel tetap tidak mendapat anak. Lea mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “TUHAN sudah melihat kesusahanku, dan kini suamiku akan mengasihi aku.” Maka dia menamakan anaknya Ruben. Dia mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “TUHAN sudah mengurniakan anak ini kepadaku, kerana Dia sudah mendengar bahawa aku tidak dikasihi.” Maka dia menamakan anaknya Simeon. Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku, kerana aku sudah melahirkan tiga orang anak lelaki baginya.” Maka dia menamakan anaknya Lewi. Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.
Kongsi
Baca KEJADIAN 29
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video