KEJADIAN 26:23-25
KEJADIAN 26:23-25 BM
Kemudian Ishak meninggalkan tempat itu dan tiba di Bersyeba. Pada malam itu TUHAN menampakkan diri kepada Ishak dan berfirman, “Akulah Allah bapamu Abraham. Janganlah takut; Aku akan melindungi engkau. Aku akan memberkati engkau dan mengurniai engkau keturunan yang banyak kerana janji-Ku kepada hamba-Ku Abraham.” Lalu Ishak membina sebuah mazbah dan menyembah TUHAN di situ. Kemudian dia memasang khemahnya di sana dan hamba-hambanya menggali sebuah perigi lagi.