KEJADIAN 11:27-30
KEJADIAN 11:27-30 BM
Inilah keturunan Terah. Terah ialah bapa Abram, Nahor, dan Haran. Haran mempunyai seorang anak lelaki bernama Lot. Haran meninggal di Ur, kampung halamannya di Babilonia, ketika bapanya masih hidup. Abram berkahwin dengan Sarai, dan Nahor berkahwin dengan Milka, anak perempuan Haran. Haran mempunyai anak lelaki lain bernama Yiska. Sarai tidak mempunyai anak kerana dia mandul.


