Musa kembali menghadap TUHAN dan berkata, “Umat itu telah melakukan dosa besar. Mereka telah membuat tuhan daripada emas dan menyembahnya. Ampunkanlah dosa mereka; jika tidak, hapuskanlah namaku dari kitab yang Engkau tuliskan dengan nama-nama umat-Mu.” TUHAN menjawab, “Hanya orang yang telah berdosa terhadap Aku akan Kuhapuskan namanya dari kitab-Ku itu. Pergilah sekarang, dan bawalah umat itu ke tempat yang telah Aku sebut kepadamu. Ingatlah, malaikat-Ku akan memimpin engkau, tetapi akan tiba masanya apabila Aku akan menghukum umat ini kerana dosa mereka.” Kemudian TUHAN mendatangkan penyakit kepada umat itu, kerana mereka telah memaksa Harun membuat patung lembu daripada emas.
Baca KELUARAN 32
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KELUARAN 32:31-35
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video