KELUARAN 25:31-40

KELUARAN 25:31-40 BM

“Buatlah sebuah kaki pelita daripada emas tulen. Buatlah alas dan batangnya daripada emas tempaan; bunga-bunga hiasan, termasuk kuncup dan kelopaknya hendaklah seiras dengan alas dan batangnya. Enam cabang harus dibuat pada batang kaki pelita itu; tiga cabang pada setiap sisinya. Setiap cabangnya harus dihias dengan hiasan berupa tiga kuntum bunga badam dengan kuncup dan kelopaknya. Batang kaki pelita itu harus dihias dengan empat kuntum bunga hiasan yang berupa bunga badam, dengan kuncup dan kelopaknya. Satu kuncup harus dibuat di bawah setiap pasang cabang itu. Kuncup-kuncup, cabang-cabang, dan kaki pelita itu hendaklah dibuat daripada sekeping emas tempaan tulen. Buatlah tujuh buah pelita bagi kaki pelita itu dan pasanglah pelita-pelita itu dengan begitu rupa agar cahayanya memancar ke hadapan. Buatlah penyepit untuk membersihkan sumbu pelita, dan juga dulangnya daripada emas tulen. Gunakanlah 35 kilogram emas tulen untuk membuat kaki pelita itu dan segala peralatannya. Berhati-hatilah membuat semuanya menurut pelan yang telah Aku tunjukkan kepadamu di atas gunung ini.”
BM: Alkitab Berita Baik
Kongsi