KELUARAN 25:1-9
KELUARAN 25:1-9 BM
TUHAN berfirman kepada Musa, “Suruhlah umat Israel membawa persembahan kepada-Ku. Terimalah apa sahaja persembahan daripada setiap orang yang ingin memberi. Persembahan itu boleh berupa: emas, perak, dan gangsa; kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah; kain daripada bulu kambing; kulit domba jantan yang dicelup merah; kulit halus; kayu akasia; minyak untuk pelita; rempah-ratus untuk minyak upacara dan untuk kemenyan yang harum; batu sardis dan berjenis-jenis permata lain untuk ditatah pada efod dan penutup dada Imam Agung. Suruhlah umat itu membina sebuah khemah suci untuk-Ku supaya Aku dapat tinggal bersama-sama mereka. Khemah itu dan semua peralatannya harus dibuat menurut pelan yang akan Aku tunjukkan kepadamu.”