“Jangan sebarkan berita dusta, dan jangan tolong orang yang bersalah dengan memberikan kesaksian palsu. Jangan terikut-ikut kebanyakan orang apabila mereka melakukan kejahatan atau memutarbalikkan keadilan dengan memberikan kesaksian yang tidak benar. Jangan berat sebelah apabila seorang miskin diadili di mahkamah. Jika kebetulan kamu menjumpai lembu atau keldai musuh kamu terlepas, kembalikanlah binatang itu kepada pemiliknya. Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan. Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah. Jangan buat tuduhan palsu, dan jangan sebabkan orang yang tidak bersalah dihukum mati, kerana Aku akan menghukum orang yang melakukan kejahatan seperti itu. Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah. Jangan berlaku kejam terhadap orang asing; kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana dahulu kamu pun orang asing di Mesir.”
Kongsi
Baca KELUARAN 23
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video