EFESUS 5:21-33

EFESUS 5:21-33 BM

Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain. Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan, kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya. Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus. Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah. Kristus berbuat demikian untuk membersihkan jemaah dengan air dan dengan firman-Nya, supaya Dia dapat menyerahkan jemaah kepada Allah. Dengan demikian Kristus memiliki jemaah yang penuh dengan kecemerlangan, yang murni, dan yang tidak bercacat cela sedikit pun. Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. ( Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah, kerana kita anggota tubuh Kristus.) Di dalam Alkitab tertulis, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya untuk bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu.” Ayat itu mengandungi erti yang dalam. Menurut pengertianku, ayat itu berkaitan dengan hubungan antara Kristus dan jemaah. Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan EFESUS 5:21-33

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami